Sunday, March 14, 2010

Bahan Lisan Untuk 2009

Selamat pagi saya ucapkan kepada Puan Jacquilene dan rakan-rakan sekalian. Hari ini, saya akan membincangkan “Cuti Sekolah Yang Bermakna”.

Cuti sekolah adalah paling menyeronokkan untuk pelajar-pelajar, namun, adakah cuti-cuti sekolah kita pernah memberikan kita “keseronokan yang sebenar”? Kita sering menghabiskan cuti-cuti sekolah kita dengan tidur, makan, tidur, makan dan menonton televisyen. Sebenarnya, cuti sekolah boleh menjadi sangat bermakna kepada kita.

Kita hendaklah merancang cuti kita. Jangan biarkan cuti anda “dikuasai” oleh tidur dan kebosanan. Aturkanlah kegembiraan cuti anda sebelum anda mula bercuti lagi. Sudahpun beberapa bulan kita ke kelas dan bertungkus-lumus dengan pelbagai ujian peperiksaan. Inilah masanya untuk menyenangkan diri kita, dari segi mental dan fizikal.

Selain itu, kita juga hendaklah menyelesaikan tugasan-tugasan sebelum cuti bermula. Kita hendaklah memastikan bahawa semua tugasan sekolah sudah diselesaikan. Jika perlu, peruntukkan masa pada awal cuti khusus untuk menyiapkan semuanya. Janganlah kita menangguhkan sehingga penghujung cuti. Selepas tugasan telah selesai, kita dapat menikmati kelazatan bercuti dengan spenuhnya.

Ketika bercuti, kita perlulah meluangkan masa bersama keluarga. Kita dan keluarga mungkin sudah begitu lama tidak dapat bermesra dan bergembira kerana sibuk dengan tugasan masing-masing. Apa salahnya kita meluangkan masa untuk bersama keluarga? Rasailah “kehangatan” bersama mereka. Mungkin bunyinya remeh sahaja, tetapi suatu masa nanti, pasti anda akan merinduinya.

Cuti sebenarnya sungguh bermakna untuk hidup kita. Kadangkala satu perubahan besar berlaku semasa cuti, bukan semasa musim persekolahan. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment